Sunday, December 1, 2013

SERIUS : Inilah 10 Gambar Paling Mahal Yang Pernah Terjual


Inilah 10 Gambar Paling Mahal Yang Pernah Terjual | Bagi orang seni, perkataan seni itu adalah sangat subjektif. Ianya tidak dapat dinilai dengan tepat dan persis oleh setiap orang. Penilaian terhadap seni terutamanya seni dalam gambar amat sukar dibuat. Ada gambar yang dilihat dari mata insan biasa adalah biasa, namun apabila ianya dinilai oleh orang seni sendiri sesebuah gambar itu mungkin sangat bernilai dan nilainya mampu mencecah sehingga puluhan juta ringgit.


10. Tobolsk Kremlin (2009) � US$ 1,750,000


Kremlin of Tobolsk adalah gambar yang diambil oleh Presiden Rusia sendiri. Gambar cetakan hitam dan putih Tobolsk Kremlin terjual pada nilai US$ 1.7 juta pada lelongan amal pada Januari 2010.

9. Billy The Kid (1880) Tintype Portrait � US$ 2,300,000


Gambar Billy ini terjual dalam sebuah lelongan pada harga sebanyak US$ 2.3 juta pada bulan Jun 2011, dari Brian Lebel�s Old West Show and Auction. 130 tahun yang lalu, legenda penjenayah Billy the Kid telah membuat gambarnya di Fort Sumner, New Mexico, dalam gaya yang kini dianggap sebagai gambar yang paling dikenali di Amerika Barat. Gambar tersebut merupakan satu-satunya gambar asli Billy the Kid yang wujud pada hari ini.

8. Untitled #153 (1985) � US$ 2,700,000


�Untitled # 153,� merupakan sekeping gambar yang diambil pada tahun 1985 oleh Cindy Sherman, dan terjual sebanyak US$ 2.7 juta pada November 2010, di Phillips de Pury & Co di New York, satu rekod lelongan untuk artis berkenaan.

7. The Pond-Moonlight (1904) � US$ 2,928,000


The Pond-Moonlight adalah gambar pictorialist oleh Edward Steichen. Gambar ini telah dibuat pada tahun 1904 di Mamaroneck, New York. Gambar ini mempunyai kolam di dalam hutan, dengan bahagian bulan yang terdapat di kaki langit di jurang dalam antara pokok-pokok. Ia telah terjual lebih daripada US$ 2.9 juta di Sotheby, New York pada Februari 2006.

6. Los Angeles, by Andreas Gursky (1998) � US$ 2,900,000


Los Angeles merupakan gambar yang diambil oleh Andreas Gursky. Ia merupakan hasil karya ketiga yang mendapat nilai lelongan tertinggi iaitu sebanyak US$ 2.9 juta untuk gambar panorama lampu di Los Angeles. Ia telah dijual di Sotheby, London pada bulan Februari.

5. 99 Cent II Diptychon (2001) � US$ 3,346, 456


Karya seni 99 Cent II Diptychon dari tahun 2001 adalah gambar bahagian dua yang dibuat oleh Andreas Gursky kemungkinan pada tahun 1999. Karya ini kadang kala turut digelar �99 Cent 1999?. Cetakan kedua 99 Cent II Diptychon ini telah terjual pada harga US$ 2.48 Juta pada bulan November 2006 di sebuah galeri di New York, manakala karya ketiga terjual pada harag US$ 2.25 juta di Sotheby pada Mei 2006.

4. Dead Troops Talk (1992) � US$ 3,666,500


Gambar ini merupakan permandangan selepas serangan hendap kumpulan peronda Tentera Merah berhampiran Moqor, Afghanistan pada musim sejuk 1986. Imej berkenaan yang diberi nama Dead Troops Talk menggambarkan mayat-mayat yang berlumuran darah dan dikerat oleh Tentera Merah Rusia yang kelihatan sedang berbual-bual di tepi bukit berbatu. Ia terjual pada harga US$ 3,666,500 di Christie pada Mei 2012.

3. For Her Majesty (1973) � US$ 3,765,276


For Her Majesty merupakan hasil karya Gilbert & George (1973). Ia terjual pada harga US$ 3.7 juta.

2. Untitled #96 (1981) � US$ 3, 890,500


Cetakan ketujuh Untitled #96 yang diambil oleh jurugambar, Cindy Sherman telah terjual pada harga US$ 3.88 juta di Christie pada Mei 2012.

1. Rhein II (1999) � US$ 4,338,500


Hasil karya yang digelar �Rhein II� ini telah diambil oleh Andreas Gursky dan terjual pada harga US$ 4.3 juta di Christie, menjadikannya gambar fotografi paling mahal pernah dijual.

Percaya tak?

No comments:

Post a Comment