Thursday, December 5, 2013

Erma Fatima Sindir Rebecca Di Instagram Kerana Enggan Terima Syiling 5 Sen

Semalam menerusi akaun Instagram miliknya, Erma Fatima telah berkongsi beberapa gambar beserta caption yang menyindir Rebecca Nur Islam. Untuk makluman anda, Rebecca akan memulangkan kembali duit syiling 5 sen dan senaskhah Al Quran yang diterima daripada Erma. Antara petikan kata Erma ialah �Tak baik you reject coin 5 sen dan Al-Quran, 5 sen pun duit tuntutan you juga, nilainya tetap sama, seems Al-Quran pun you reject maka I tetap nak you tahu apa yang tertulis dalam Al-Quran itu untuk you, so I post di sini sebab I tahu you akan baca�.

Malah selain daripada syiling 5 sen dan senaskhah Al Quran, Erma Fatima turut menyelitkan sekeping kad beserta ucapan khas kepada Rebecca. Kata-kata dalam kad tersebut berbunyi �Rabecca, kita mampu membohongi satu dunia tapi kita tidak akan mampu berbohong pada diri kita dan Allah. Andai ini (wang berkenaan) hak awak maka halallah ia, tetapi kalau bukan hak awak maka saya haramkan dunia akhirat, selamat menikmati kemenangan.�





No comments:

Post a Comment