Thursday, December 19, 2013

SERIUS : Mahar VS Hantaran


Dalam perkahwinan penganut agama Islam , pihak lelaki diwajibkan memberi mahar kepada pihak perempuan . Firman Allah SWT yang bermaksud:
Berikanlah kepada orang-orang perempuan itu mahar mereka
(Surah An.Nisaa�-Ayat 4)
Riwayat Bukhari ada menyatakan :
Rasulullah SAW bersabda yang mafhumnya berbunyi begini: Carilah untuk dijadikan mahar walaupun sebentuk cincin yang diperbuat dari besi
Firman Allah serta hadis riwayat Bukhari ini jelas menunjukkan wajib mahar itu diberikan oleh si lelaki kepada pihak perempuan.Namun mahar itu tidak diwajibkan dalam kos yang tinggi malah kita amat digalakkan memberi mahar yang rendah kosnya.Penulis pernah mendengar sebuah ceramah yang mengatakan rendah mahar itu bergantung kepada kewangan pihak lelaki,jika si lelaki seorang jutawan dan rm1000 sebagai contoh masih tidak membebankan pihaknya ,maka boleh jika nilai mahar rm1000.Jika si lelaki golongan sederhana yang tidak mampu menyediakan keperluan yang mahal,cukuplah sekadar memberi mahar sesuai dengan kemampuannya.
Wang hantaran bukanlah sesuatu yang wajib diberikan kepada pengantin perempuan tetapi ianya dibenarkan di dalam Islam sebagai bantuan kewangan untuk majlis perkahwinan dengan syarat selagi tidak melampau. Maksud melampau ialah sehingga membebankan bakal pengantin atau mereka yang berkaitan. Contohnya hingga terpaksa berhutang untuk menyediakan jumlah hantaran tersebut.
Namun fenomena yang melanda masyarakat kita sekarang , wang mahar diletakkan dengan nilai yang rendah kerana kebanyakan masyarakat sekarang lebih tertumpu kepada nilai hantaran.Malah,yang lebih parah wang hantaran ini dijadikan sebagai �medan perlumbaan�.Masing-masing memburu gelaran �juara� memberi wang hantaran yang paling tinggi.Gejala ini amat tidak digalakkan kerana tidak menepati gaya hidup Islam.
Masyarakat lebih tertumpu kepada nilai hantaran dan nilai itu diukur berdasarkan pencapaian akademik , jika semakin tinggi tahap pencapaian akademik seseorang perempuan maka makin tinggi jugalah nilai hantaran yang harus diberikan.Islam itu mudah namun hal ini telah merumitkannya.Hal ini amat memberi kesan kepada golongan yang mahu berkahwin tetapi terhenti kerana isu wang hantaran yang tinggi sehingga maksiat menjadi jalan keluar buat mereka.
Bagi penulis,hal ini boleh diatasi dengan memberikan pendedahan kepada masyarakat umum tentang hikmah-hikmah perkahwinan serta perbincangan kedua belah pihak.Keluarga pihak perempuan seharusnya berunding dengan pihak lelaki dan menyelidiki kemampuan mereka serta tidak meletakkan harapan tinggi. Apa yang penting ialah pengurusan rumah tangga selepas perkahwinan tersebut bukan sekadar bermewah-mewah semasa majlis perkahwinan.
Ya,benar.Ini perkahwinan raja sehari.Oleh itu buatlah perkahwinan itu bermakna dengan membuat walimah yang sederhana tanpa berlebih-lebihan kerana penulis yakin semua orang berkahwin bukan untuk bercerai.Jadi,isu ini seharusnya dititikberatkan oleh semua pihak agar sesiapa pun yang mahu melangkah ke alam perkahwinan,boleh berbuat demikian tanpa otak runsing memikirkan wang hantaran yang tinggi.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
�Sesungguhnya yang besar berkat nikah ialah yang sederhana belanjanya�
(Riwayat Ahmad)

No comments:

Post a Comment