Wednesday, December 11, 2013

COOL - BERLUMBA F1 DI PUTRAJAYA TAHUN HADAPAN (16 GAMBAR)

Majoriti pengeluar kenderaan kini menghasilkan kenderaan elektrik ataupun hibrid mereka kerana umum diketahui bahan api fossil akan kehabsan. Formula E ialah perlumbaan kerete elektrik utama yang dibawah payung FIA dan ianya akan bermula September 2014. Formula E Spark-Renault ialah kenderaan yang bakal digunakan oleh kesemua pasukan yang mengambil bahagian. Kenderaan ini adalah elektrik sepenuhnya dan mempunyai motor dengan kemampuan270 kuasa kuda yang mampu memecutkan kereta ini ke kelajuan maksimum 220 kmj . Kerana ianya kenderaan elektrik walaupun pada kelajuan maksimum ia hanya akan menghasilkan 80 desibel bunyi berbanding 147 decibel yang dihasillan kereta F1. Bandar-bandar yang bakal menjadi litar perlumbaan Formula E ialah Beijing, Putrajaya, Hong Kong, Punta del Este, Buenos Aires, Los Angeles, Miami, Monte Carlo, Berlin dan London. Yep tahun hadapan pada 18 Oktober anda boleh melihat sendiri perlumbaan ini di Putrajaya. Mark your calender! 


Laporan asal Formula E

No comments:

Post a Comment