Sunday, December 15, 2013

SERIUS : Ayam Dengan Bulu Kerinting Kini Menjadi Sensasi Di Internet Seluruh China (8 Gambar)

Ianya menjadi sensasi kerana spesies ini jarang ditemui. Ayam ini adalah milik seorang penduduk di Henan, Zhang Yang. Menurutnya ayam ini keluar dari telurnya pada bulan April lepas dan ianya kelihatan seperti seekor ayam biasa. Namun, semasa proses pembesaran, bulu ayam ini kelihatan semakin pelik seolah-olah baru keluar dari salun untuk membuat rambut kerinting. Sejak dari hari itu, ramai orang datang ke Henan untuk melihat keunikkan ayam ini. Menurut pakar, bulu ayam ini begitu kerana genetik yang bercampuran. 



No comments:

Post a Comment