Sunday, December 15, 2013

SERIUS : Luahan Hati Afdlin Shauki Mengenai Prestasi Boboi Di MLM 2013

Keputusan penyingkiran kumpulan Zero di Maharaja Lawak Mega 2013 minggu ke-5 mengundang perasaan tidak puas hati sesetengah pihak. Lantas ada peminat MLM 2013 bertindak menyerang Facebook Afdlin Shauki (Boboi) secara terbuka dengan soalan,


"kenapa masuk maharaja lawak kalau tidak mahu melawak? kenapa sengaja mengecewakan peminat?"

Kata-kata itu nampaknya telah menarik perhatian Afdlin untuk membalasnya.

Batman Dan Pak Guard Aiport Subang minggu ke-4

Menurut Afdlin, Boboi sendiri tidak setuju dengan penyingkiran kumpulan Zero. Tetapi apakan daya, masih ada peminat Boboi yang mahukan kumpulan Boboi kekal di MLM 2013. Selagi ada sokong, selagi itulah Boboi akan beraksi di pentas MLM 2013.

Lihat gambar di bawah:





Barangkali di sesetengah mata dan minda penonton MLM 2013 sudah basi atau tidak sesuai dengan masa ini. Boboi juga dilihat suka membawa watak kebudak-budakan mereka di atas pentas sedikit sebanyak menimbulkan rasa tak senang penonton MLM 2013 di rumah. 

Adalah lebih baik Boboi buat lawak versi moden berbanding dengan idea budak-budak comel pakai jaket Harimau.

No comments:

Post a Comment