Sunday, December 8, 2013

SERIUS : Remaja 20-an Dibelasah Sampai Mati Akibat Curi Tabung Masjid (Gambar)

Seorang pemuda dipukul sampai mati oleh penduduk setempat jam 4.30 pagi Selasa lalu selepas �kantoi� cuba mencuri wang dari tabung masjid menggunakan dawai di Pandan Indah.


Shahreza Fauzi, 20, meninggal dunia di Hospital Ampang dipercayai kerana kecederaan parah di kepala, badan, tangan dan kaki akibat dipukul menggunakan objek tumpul.

Pemeriksaan polis di tempat kejadian menemui sebatang kayu yang mungkin digunakan untuk memukul mangsa. Mayat Shahreza kemudian dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk proses bedah siasat.

The Star melaporkan, seorang rakan arwah sejak kecil yang cuma mahu dikenali sebagai Nazrin berkata, Shahreza tinggal bersama bapa tiri di Bukit Indah, Ampang selepas ibunya meninggal dunia lima bulan lalu. Bapa kandungnya pula sudah lama tiada.

Sebelum kematian, Shahreza menunjukkan perangai pelik termasuk memuat naik status berkaitan kematian di Facebook dan Whatsapp. Susulan kematian Shahreza, empat lelaki ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.


No comments:

Post a Comment