Facebook di negara itu tiba-tiba menyebarkan berita di mana seorang model yang bernama Germaine Ong telah hilang selepas didapati bertembung dengan 'hantu' di apartment sewanya. Insiden ini berlaku selepas Germaine menelefon ibunya menyatakan yang apartmentnya itu dipenuhi oleh 'benda kotor'. Dia juga menyatakan pada ibunya yang sekiranya dia ditemui mati pada keesokkan harinya, maksudnya hantu itu telah membunuhnya. Semasa laporan kehilangan Germaine, keretanya masih kelihatan di apartmentnya. Namun selepas beberapa hari, tiba-tiba Germaine muncul kembali dan dia didapati berada di rumahnya sendiri. Ibunya menyatakan kehilangan dia adalah kerana masalah peribadi namun dia tidak ingin mengulas selebihnya. Germaine mengambil satu hari untuk minta maaf kepada rakan dan peminatnya mengenali insiden ini di Facebook.
No comments:
Post a Comment