Sunday, December 15, 2013

WTF : Apa Lagi P1 WIMAX Mau?

Isu pengguna P1 WIMAX masih berlarutan dan seperti tiada jalan penyelesaian. Seolah-olah P1 Wimax ini kebal dari tindakan undang-undang walaupun aduan, laporan kepada pihak berkuasa telah pun dibuat. Ramai yang teraniaya dengan sistem caj automated menyebabkan segelintir mangsa didakwa masih berhutang RM1,900+ dengan P1. Akibatnya, mereka telah diCTOS dengan jayanya tanpa sebarang bukti.


Lihat screenshot dibawah:


Setakat melayari lama Facebook, tetapi sudah menghampiri kuota had penggunaan bulanan? 

Langgan P1 telah ditamatkan tetapi bil masih 'berjalan'?


Perkhidmatan pula teruk dan tidak memuaskan berbanding dengan TM Streamyx yang menawarkan kuota gantian percuma jika talian internet mereka tidak dapat digunakan selama beberapa hari.


Akhirnya perkara ini mendapat perhatian dari wartawan Malay Mail. Wartawan memang suka story� seperti ini. Habislah kau P1 Wimax! 


Tetapi, lain pula cara pengguna P1 Wimax ini yang telah berjaya mengertak P1 Wimax dengan membuat aduan kepada SKMM. Bila yang asalnya berjumlah RM1,984.38 dikurangkan kepada RM292.40.


Menurut P1 Wimax, punca peningkatan bil secara mendadak itu adalah disebabkan sistem bill automated mereka yang bengong.


Jika begitu, kenapa tidak diselesaikan masalah berkenaan sehingga menyebabkan pelanggan P1 yang tidak bersalah dikenakan CTOS? Atau P1 sengaja membutakan mata dan memekakkan telinga dengan permasalahan penggunanya serta P1 lebih suka mengaut keuntungan atas angin?


Baca saranan bekas pengguna P1 di bawah berkenaan cara menyelesaikan masalah bil beribu-riban ini.


SILA BACA: BUAT REPORT PADA SKMM & CFM TERLEBIH DAHULU


Sebelum bertindak lebih jauh, atau apa-apa usul. Diminta kawan-kawan semua yang ada masalah dengan P1, buat Report terus pada SKMM & CFM terlebih dahulu.


Report pada SKMM & CFM perlu dibuat, kerana mereka menggunakan STATISTIK ADUAN PENGGUNA TENTANG ADUAN YANG DITERIMA.


JIKA SATU JUTA SEKALIPUN Pengguna didalam ini yang ada masalah dengan P1, CUMA 500 orang dari 1Juta tadi sahaja report pada SKMM. Ini tidak akan menambahkan rekod STATISTIK BURUK P1 PADA SKMM.


Berikut E-MAIL DARI P1 SETELAH ADUAN/REPORT pada SKMM DIBUAT.


No comments:

Post a Comment