Thursday, December 19, 2013

Serius : Bila Lelaki Benar-Benar Jatuh Cinta


Lelaki selalu dikaitkan dengan kecurangan dan bermain kayu tiga. Tapi, tahukah anda. Bila lelaki benar-benar jatuh cinta. Dan cintanya itu benar-benar suci dan ikhlas. Sikapnya yang mungkin keras sebelum ini, akan berubah menjadi lembut dan sanggup berkorban apa sahaja untuk sang kekasih.
Maklumat berikut adalah untuk rujukan untuk kedua-dua jantina.
  1. Akan melakukan sesuatu dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh.
  1. Sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan gusar jika kekasihnya dalam keadaan duka.
  1. Banyak memberi nasihat dan tunjuk ajar.
  1. Sentiasa mengamil berat akan setiap apa yang dilakukan oleh kekasihnya sehingga jika disalah erti akan menganggap dia mengongkong kekasihnya.
  1. Berasa takut anda kehilangan kekasihnya.
  1. Gusar dan curiga sekiranya kekasihnya diganggu oleh lelaki lain.
  1. Tidak suka lelaki lain rapat dengan kekasihnya.
  1. Mudah merasa cemburu dan sensitif jika kekasihnya tidak memberikan perhatian kepadanya.
  1. Berperangai seperti kebudak-budakan kerana mahukan lebih tumpuan dan bermanja.
  1. Menjadi rajin dan sanggup membantu kekasihnya dalam apa jua bentuk.
  1. Mudah merajuk atau buat-buat merajuk kerana mahu dipujuk.
  1. Tidak senang duduk kalau kekasihnya berada di tempat yang jauh dan tidak dapat berjumpa dalam waktu yang agak lama.
  1. Keselamatan kekasihnya adalah keutamaannya.
  1. Mementingkan kekasihnya berbanding dirinya.
  1. Sentiasa memberikan kata cinta dan bertanya adakah kekasihnya masih menyintainya kerana takut kasih sayang antara mereka luntur.
  1. Tidak akan melayan wanita lain kecuali mempunyai urusan penting.
  1. Meluangkan masa untuk kekasihnya walaupun mengorbankan masanya sendiri.
  1. Memuji kekasihnya di depan orang lain.
  1. Akan merasa serik untuk bercinta lagi andai kekasihnya meninggalkannya dan sentiasa berharap kekasihnya kembali kepadanya.
  1. Apabila kekasihnya ada orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan kembali cintanya.
  1. Menganggap kekasihnya sebagai orang yang boleh dipercayai termasuk menyimpan rahsia.
  1. Tidak akan berlaku curang. Kalau dia curang. Itu bukan apa yang kita bincangkan.
  1. Boleh menangis kerasa kekasihnya.

No comments:

Post a Comment