Kali terakhir rusuhan berlaku di Singapura ialah lebih 40 tahun yang lalu. Rekod bersih ini terhapus semalam apabila berlaku rusuhan yang melibatkan 400 orang pekerja asing dari India. Kejadian berlaku di Race Course Road dan dikatakan berlaku akibat sebuah kemalangan yang mengakibatkan seorang pekerja asing maut selepas digilis sebuah bas. Terdapat laporan yang mengatakan pekerja asing yang tinggal di sekitar kawasan kemalangan berang dengan kelewatan ketibaan ambulan ke tempat kejadian. Akibatnya 5 kenderaan yang terdiri dari sebuah ambulan, 3 kereta polis, dan sebuah motosikal musnah dibakar oleh perusuh. Sebanyak18 orang tercedera dalam rusuhan ini termasuk 10 orang anggota Polis. Dari 400 pekerja asing yang merusuh 27 ditangkap di tempat kejadian dan ramai lagi akan ditahan selepas siasatan dijalankan.
Rusuhan ini menimbulkan kemarahan warga Singapura yang mengatakan polis lambat bertindak terhadap warga asing tetapi lebih pantas bertindak terhadap warga Singapura yang melakukan protes terhadap pihak pemerintah. Rusuhan juga dikatakan ada kena mengena dengan layanan kurang hajar yang sering dihadapi pekerja migran. Kemarahan mereka mungkin tidak dapat dibentung lagi apabila mereka merasakan teman mereka yang digilis lambat menerima bantuan dari hospital.
Laporan asal Today
No comments:
Post a Comment