Thursday, December 19, 2013

Hanya Orang Punyai Anak Tahu & Faham Tentang Belanja Anak-Anak � Rita Rudaini

Semuanya mahal belaka. Pampers, susu, ubat, baju dan alatan untuk anak bukannya murah. Secara jujur, nafkah sebanyak RM5,000 yang diminta oleh Rita terhadap Aidil adalah satu angka yang munasabah.


Bercakap kepada MalaysianDigest, Rita memaklumkan jumlah tuntutan yang dimintanya sudah ada diskaun. Kata Rita:-

Hanya orang yang mempunyai anak saja yang tahu dan faham tentang perbelanjaan anak-anak. Itupun saya dah bagi diskaun pada dia. Dan nasib baik saya bekerja. Masa saya dengan dia pun, saya yang uruskan hal anak-anak.

Lebih-lebih lagi dengan kos hidup di zaman sekarang. Kalau nak cakap, anak-anak dah besar tak payah lagi minum susu. Rasanya� orang dewasa macam kita pun, kena minum susu sampai tua, kan?

Saya tak pernah ajar anak-anak saya hidup mewah. Saya mampu untuk berikan semua tu kerana mereka anak kandung bukan anak tiri saya. Selagi saya mampu, saya akan berikan yang terbaik untuk anak-anak saya


Zain Saidin & Rozita Che Wan Berbulan Madu Di Rome, Itali

Pasti seronok berjalan-jalan di Itali dengan cuaca yang sejuk. Semoga dengan percutian bulan madu ini, hubungan mereka berdua akan lebih mesra dan dapat mengenali diri masing-masing dengan lebih mendalam. Che Ta dan Zain turut berkongsi gambar mereka bertemu dengan pereka baju pengantin, Man Kajang.





Linda Onn Akui Kahwini Kerabat Diraja 27 Disember Ini

Pasti ramai yang tertanya-tanya siapakah gerangan kerabat diraja yang berjaya mencuri hati Linda Onn. Nampak gayanya kita kena tunggu 27 Disember ini untuk melihat wajah suami Linda Onn.


Apa pun Abang Nara respek Linda Onn kerana membuat pengakuan dan mengesahkan bakal berkahwin pada 27 Disember ini. Tak ada dolak-dalik atau cubaan untuk menyembunyikan perkara baik itu. Majlis pernikahan akan diadakan secara sederhana dan dihadiri oleh ahli keluarga terapat sahaja. Kata Linda menerusi Mstar Online:-

Ya, tarikh itu benar dan dia seorang kerabat (seperti dilaporkan). Maaf, saya tak boleh bercerita lanjut buat masa ini. Sekarang apa yang penting buat yang wajib (nikah) dulu. Insya-Allah, kalau tak ada aral melintang resepsi akan menyusul selepas majlis nikah



Emma Maembong Bertudung, Serius Comel!!! (13 GAMBAR)

�Milik siapakah gadis ini�. Ingin aku mencurahkan kasih�.� Kalau dengar lagu ini sambil menatap wajah comel Emma Maembong bertudung, memang boleh bikin jatuh cinta. Serius comel sangat-sangat. Memang beruntung sungguh Zizan Razak sekiranya ditakdirkan Emma menjadi isterinya. Mana nak cari bini yang comel macam ini weii ~~


Kalau Zizan taknak, Abang Nara pasti ramai yang sedang menunggu giliran untuk masuk line. Hehehe. Walaupun belum berhijrah sepenuhnya, Emma semenjak dua ini memang sering berkongsi gambarnya bertudung. Sama-samala kita doakan agar dalam masa terdekat ini hati Emma terbuka untuk bertudung buat selama-lamanya.


Bulu mata Emma Maembong tue memang boleh mencantikkan lagi wajahnya. Panjang kot. Lagi beberapa gambar Emma Maembong manis bertudung dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar Instagram Emma Maembong.











SERIUS : Romantik Cuma di Awal Perkahwinan ?


Romantik.Apa yang pembaca faham mengenai romantik ? Cukupkah dengan hanya sekadar memberi bunga atau membelikan hadiah mewah buat pasangan anda ? Menurut Dr Hj Juanda Hj Jaya dalam artikelnya dalam Mingguan Wanita Disember 2009 bertajuk, �Ramuan Romantik; Hubungan kaku jadi berseri�,sebenarnya  romantik lahir dari gerak hati yang diterjemahkan dengan perbuatan untuk memastikan pasangan kita selesa dengan kehadiran kita di sisinya. Romantik lebih sesuai diertikan dengan keikhlasan mencintai pasangan kerana Allah S.W.T.
Ironinya , hubungan romantik ini seringkali dikaitkan dengan anak muda.Apakah benar romantik cuma di awal perkahwinan ? Mari baca pendapat beberapa responden.
Responden:seorang suami
responden:lelaki bujang
Rata-rata apabila disoal mengenai topik ini , ramai yang menyanggah bahawa romantik hanya di awal usia perkahwinan.Ada yang berpendapat romantik ini boleh dikekalkan jika tafsiran romantik itu sendiri masih dalam definisi memburu cinta Allah.Apa pula kata anda ?
Namun dalam perkahwinan pasti ada saat gembira dan duka.Tekanan hidup mula memberi kesan kepada keharmonian rumah tangga.Jika dulu pasangan suami isteri gemar melakukan kebanyakan aktiviti bersama namun setelah sekian lama,kemanisan bercinta itu seakan terhakis dek ruang dan waktu,terutamaa bagi pasangan yang memiliki cahaya mata.Si ayah lebih gemar keluar bersama-sama rakan-rakannya manakala si isteri di rumah lebih suka mendekati si anak.Fenomena ini berlaku.Ada juga sebaliknya;si ayah di rumah si isteri di luar.Ini sebenarnya telah membuka ruang dalam perhubungan suami isteri justeru tidak hairanlah jika duduk bersebelahan tetapi mulut tertutup rapat.Tiada topik yang menarik untuk dibicarakan akhirnya masing-masing buat hal sendiri.
Kenapa hal ini berlaku ? Jemu,ya benar. Jemu dalam perhubungan membuatkan keintiman itu tidak dirasai lagi.Apabila masa berganjak , usia menjamah wajah,kita mula merasakan tiada keperluan untuk beromantik lagi dengan pasangan kita.Malu,malu kerana sudah tua,namun sebenarnya hati kita sentiasa mahukan kasih sayang.Jadi lupakan usia anda dan kembalilah menjadi romantik umpama kali pertama bercinta !
Jom jadikan cinta anda muda semula.Ini tips-tips yang penulis petik dari buku �Cinta Kerana Allah� dikarang oleh ustaz Pahrol Mohamad Juoi :
  • Beristiqamah ketika solat berjemaah dengan pasangan.Carilah kaedah bersama untuk menguatkan hubungan dengan Allah
  • Jangan abaikan makan bersama di rumah.Jika boleh,sekali-sekala makanlah dalam satu bekas yang sama
  • Berkebun atau masak bersama
  • Berkongsi hobi atau minat bersama
  • Luahkan masa berjalan-jalan,memandu bersama pasangan
  • Bercerita sambil mengimbau kenangan-kenangan manis bersama
  • Lawati semula tempat-tempat yang menjadi nostalgia bersama seperti masjid di mana anda diijabkabulkan,lokasi tempat anda berbulan madu dan sebagainya
  • Menziarahi orang yang pernah berjasa dan berbudi dalam kehidupan anda berdua sama ada pada awal usia perkahwinan atau masa kini
  • baca,lihat,tonton semula majalah,album gambar atau filem-filem yang boleh mengembalikan kenangan manis bersama
  • Menziarahi pusara ahli keluarga atau sahabat-sahabat rapat anda berdua
  • Sekali-sekala buat kejutan dengan memberikan hadiah,kad ucapan,sekuntum bunga atau jemputan makan di luar
Romantik sebenarnya bergantung kepada pasangan tersebut,anda boleh merasai kebahagian selagi anda tidak berhenti mencarinya.Jika masih ada yang tidak kena,cuba muhasabah kembali hubungan anda dengan Allah,mungkin sudah lama anda tidak bersujud kepadanya.

Sumber : 

SERIUS : Mahar VS Hantaran


Dalam perkahwinan penganut agama Islam , pihak lelaki diwajibkan memberi mahar kepada pihak perempuan . Firman Allah SWT yang bermaksud:
Berikanlah kepada orang-orang perempuan itu mahar mereka
(Surah An.Nisaa�-Ayat 4)
Riwayat Bukhari ada menyatakan :
Rasulullah SAW bersabda yang mafhumnya berbunyi begini: Carilah untuk dijadikan mahar walaupun sebentuk cincin yang diperbuat dari besi
Firman Allah serta hadis riwayat Bukhari ini jelas menunjukkan wajib mahar itu diberikan oleh si lelaki kepada pihak perempuan.Namun mahar itu tidak diwajibkan dalam kos yang tinggi malah kita amat digalakkan memberi mahar yang rendah kosnya.Penulis pernah mendengar sebuah ceramah yang mengatakan rendah mahar itu bergantung kepada kewangan pihak lelaki,jika si lelaki seorang jutawan dan rm1000 sebagai contoh masih tidak membebankan pihaknya ,maka boleh jika nilai mahar rm1000.Jika si lelaki golongan sederhana yang tidak mampu menyediakan keperluan yang mahal,cukuplah sekadar memberi mahar sesuai dengan kemampuannya.
Wang hantaran bukanlah sesuatu yang wajib diberikan kepada pengantin perempuan tetapi ianya dibenarkan di dalam Islam sebagai bantuan kewangan untuk majlis perkahwinan dengan syarat selagi tidak melampau. Maksud melampau ialah sehingga membebankan bakal pengantin atau mereka yang berkaitan. Contohnya hingga terpaksa berhutang untuk menyediakan jumlah hantaran tersebut.
Namun fenomena yang melanda masyarakat kita sekarang , wang mahar diletakkan dengan nilai yang rendah kerana kebanyakan masyarakat sekarang lebih tertumpu kepada nilai hantaran.Malah,yang lebih parah wang hantaran ini dijadikan sebagai �medan perlumbaan�.Masing-masing memburu gelaran �juara� memberi wang hantaran yang paling tinggi.Gejala ini amat tidak digalakkan kerana tidak menepati gaya hidup Islam.
Masyarakat lebih tertumpu kepada nilai hantaran dan nilai itu diukur berdasarkan pencapaian akademik , jika semakin tinggi tahap pencapaian akademik seseorang perempuan maka makin tinggi jugalah nilai hantaran yang harus diberikan.Islam itu mudah namun hal ini telah merumitkannya.Hal ini amat memberi kesan kepada golongan yang mahu berkahwin tetapi terhenti kerana isu wang hantaran yang tinggi sehingga maksiat menjadi jalan keluar buat mereka.
Bagi penulis,hal ini boleh diatasi dengan memberikan pendedahan kepada masyarakat umum tentang hikmah-hikmah perkahwinan serta perbincangan kedua belah pihak.Keluarga pihak perempuan seharusnya berunding dengan pihak lelaki dan menyelidiki kemampuan mereka serta tidak meletakkan harapan tinggi. Apa yang penting ialah pengurusan rumah tangga selepas perkahwinan tersebut bukan sekadar bermewah-mewah semasa majlis perkahwinan.
Ya,benar.Ini perkahwinan raja sehari.Oleh itu buatlah perkahwinan itu bermakna dengan membuat walimah yang sederhana tanpa berlebih-lebihan kerana penulis yakin semua orang berkahwin bukan untuk bercerai.Jadi,isu ini seharusnya dititikberatkan oleh semua pihak agar sesiapa pun yang mahu melangkah ke alam perkahwinan,boleh berbuat demikian tanpa otak runsing memikirkan wang hantaran yang tinggi.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
�Sesungguhnya yang besar berkat nikah ialah yang sederhana belanjanya�
(Riwayat Ahmad)

FAKTA : 10 Sifat Aneh Ketika Lelaki Jatuh Cinta


  1. Dia akan bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.
  1. Dia sentiasa ingin menghiburkan hati kekasihnya dan berubah menjadi orang yang paling kuat bercakap .
  1. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia sayangkan kekasihnya .
  1. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap .
  1. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya .
  1. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sering curiga .
  1. Dia tidak suka lelaki lain rapat dengan kekasihnya .
  1. Dia mudah rasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
  1. Dan ada kalanya dia seperti anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahukan kekasihnya melayan lebih daripada orang lain .
  1. Dia akan menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.

Serius : Bila Lelaki Benar-Benar Jatuh Cinta


Lelaki selalu dikaitkan dengan kecurangan dan bermain kayu tiga. Tapi, tahukah anda. Bila lelaki benar-benar jatuh cinta. Dan cintanya itu benar-benar suci dan ikhlas. Sikapnya yang mungkin keras sebelum ini, akan berubah menjadi lembut dan sanggup berkorban apa sahaja untuk sang kekasih.
Maklumat berikut adalah untuk rujukan untuk kedua-dua jantina.
  1. Akan melakukan sesuatu dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh.
  1. Sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan gusar jika kekasihnya dalam keadaan duka.
  1. Banyak memberi nasihat dan tunjuk ajar.
  1. Sentiasa mengamil berat akan setiap apa yang dilakukan oleh kekasihnya sehingga jika disalah erti akan menganggap dia mengongkong kekasihnya.
  1. Berasa takut anda kehilangan kekasihnya.
  1. Gusar dan curiga sekiranya kekasihnya diganggu oleh lelaki lain.
  1. Tidak suka lelaki lain rapat dengan kekasihnya.
  1. Mudah merasa cemburu dan sensitif jika kekasihnya tidak memberikan perhatian kepadanya.
  1. Berperangai seperti kebudak-budakan kerana mahukan lebih tumpuan dan bermanja.
  1. Menjadi rajin dan sanggup membantu kekasihnya dalam apa jua bentuk.
  1. Mudah merajuk atau buat-buat merajuk kerana mahu dipujuk.
  1. Tidak senang duduk kalau kekasihnya berada di tempat yang jauh dan tidak dapat berjumpa dalam waktu yang agak lama.
  1. Keselamatan kekasihnya adalah keutamaannya.
  1. Mementingkan kekasihnya berbanding dirinya.
  1. Sentiasa memberikan kata cinta dan bertanya adakah kekasihnya masih menyintainya kerana takut kasih sayang antara mereka luntur.
  1. Tidak akan melayan wanita lain kecuali mempunyai urusan penting.
  1. Meluangkan masa untuk kekasihnya walaupun mengorbankan masanya sendiri.
  1. Memuji kekasihnya di depan orang lain.
  1. Akan merasa serik untuk bercinta lagi andai kekasihnya meninggalkannya dan sentiasa berharap kekasihnya kembali kepadanya.
  1. Apabila kekasihnya ada orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan kembali cintanya.
  1. Menganggap kekasihnya sebagai orang yang boleh dipercayai termasuk menyimpan rahsia.
  1. Tidak akan berlaku curang. Kalau dia curang. Itu bukan apa yang kita bincangkan.
  1. Boleh menangis kerasa kekasihnya.

TIPS : 11 Pantang Larang Lelaki Yang Wanita Perlu Tahu


Ada juga lelaki jenis pantang tercabar, pasti �mengaum� dan ada juga lelaki dari jenis bila tercabar pasti �mengaum�. Apa maksud pantang bagi lelaki? Atau lelaki pun ada waktu pantang ke?Tidak..
Lelaki sebenarnya ada ego nya dan ada pantang larang yang boleh membuatkan si lelaki itu mengamuk.Pernah dengar statement ini tak ?
�Lelaki susah nak faham perempuan,perempuan susah nak faham lelaki�
Pasti pernah kan?Mesti anda pernah alami kesusahan nak fahami perangai lelaki kan?Kadang-kadang kita buat baik pada dia , tapi kita pula di marahi?Ini semua berpunca dari �salah TIMING�.
Jadi saya kali ini kongsikan beberapa pantang larang lelaki yang wanita wajib tahu supaya lebih senang anda menjaga hati lelaki anda yang tersayang.

1. Menduga kesetiaannya � Mesti melenting kerana merasakan dirinya telah buat sehabis baik tetapi masih juga dipertikaikan kesetiaannya.
2. Mencabar keputusannya � Bila lelaki sudah buat keputusan, baginya itu adalah keputusan terbaik yang mampu dibuatnya. Jika wanita mencabar keputusan yang dibuat oleh lelaki tanpa asas yang kukuh dan fakta yang jelas, pasti sedikit sebanyak kelakiannya tercabar.
3. Mencabar keegoannya � Lelaki mempunyai egonya tersendiri. Jika wanita berniat untuk menundukkan keegoan lelaki tanpa ilmu yang cukup, pasti mengundah padah. Lelaki amat gagah dan kegagahannya kalah oleh kelembutan. Jadi gunakan kelembutan yang ada pada wanita sebaik mungkin.
4. Mengganggu masanya � Ada masa lelaki perlukan sedikit ruang untuk melakukan aktiviti yang disukainya. Bersama rakan-rakan di kedai mamak, menonton bola sepak atau hobinya sejak kecil atau apa jua yang dibuatnya yang memerlukan mereka fokus dan ruang berfikir maka mereka pasti tidak mahu diganggu.
5. Menidakkan kepimpinannya � Lelaki adalah pemimpin dan hak itu pastinya tidak mahu dicemarkan. Jadi wanita usah bertindak seperti pemimpin di rumah walaupun anda seorang puteri raja sekali pun kerana lelaki adalah pemimpin yang yang perlu dihormati.
6. Mempersoalkan tindakannya � Kadangkala lelaki tentunya membuat silap. Tidak semuanya mereka betul. Maka carilah ruang yang paling sesuai untuk mempersoalkan keputusannya. Elakkan bertanya atau membantah keputusannya pada saat mereka ingin tidur, mereka lapar, nafsu mereka �haus�, berada di khalayak ramai, mereka sedang melakukan aktiviti yang disukainya.
7. Memberi arahan kepadanya � Biarkan lelaki yang mempelawa membantu kamu dan jangan sesekali kamu mengarahnya membuat sesuatu untukmu. Sesekali mengarahnya perlu dimulakan dengan �Awak boleh tolong saya tak?�. Ternyata ayat tersebut amat bermakna bagi seorang lelaki untuk cepat membantu.
8. Jangan mengharapkan mereka meminta maaf � Usah berlawan dengan lelaki untuk siapa yang memohon maaf terlebih dahulu kerana susahnya lelaki memohon maaf kerana keegoannya. jadi mulakan hubungan yang dingin dengan ucapan maaf amatlah wajar.
9. Maruahnya tercalar � Baginya maruah adalah segala-galanya. Jika kamu mahu maruah kamu terjaga jadi kamu perlu menjaga maruahnya. Bagi lelaki ianya amat mudah , kamu jaga mereka, maka mereka akan jaga kamu.
10. Mendustainya � Sekali kamu membuat onar kepadanya, kepercayaan kepada kamu akan 0%. Kemudian ianya akan meningkat kembali bergantung kepada bagaimana wanita membinanya semula.
11. Menghinanya � Yang paling akhir adalah, hinaan adalah pantang lelaki yang membolehkan mereka bertukar menjadi �hulk�. Sebesar mana pun kesalahannya, jangan kamu menghinanya kerana bila kamu menghinanya semua perkara di atas akan dilanggar oleh kamu.

WTF : Pencemaran Udara Yang Teruk Di Seluruh Negara China (10 Gambar)

Baru-baru ini 104 bandaraya di China telah melaporkan kadar IPU yang tinggi dengan mencecah 300 mcg/meter iaitu 12 kali ganda daripada yang sepatutnya. Sehingga kini lebih dari 70 peratus sungai dan kolam di sekitar negara itu telah terjejas. Ini membahayakan penduduk di sekitarnya dan juga binatang-binatang yang minum air dari sungai. Kesesakkan lalulintas juga terjejas kerana pencemaran ini menghalang penglihatan pemandu. 


SERIUS : Jutaan Duit Syiling Emas Di Dalam Peti Kebal Bank Swiss (6 Gambar)

Ini hanya boleh ditemui dalam Bank Swiss yang sebenar dan telah dibina pada 1912. Di dalam ini terdapat 8,000,000 keping duit syiling 5 sen. 



WTF : Lagi Barbie Doll Dunia Realiti, Lhouraii Li Dari Bradford, England (12 Gambar)

Gadis yang berusia 21 tahun ini menghabiskan 4 jam setiap hari hanya untuk bersolek supaya kelihatan seperti Barbie Doll realiti. Dia mengelar dirinya Bardford Barbie.