Friday, November 1, 2013

Apa Salah Jual Karipap? � Almy Nadia

Almy Nadia dikutuk kerana kononnya cuba mencari publisiti dengan menjaja cerita dirinya menjual karipap akibat tiada tawaran lakonan. 



Saya bukannya jual dadah, jadi untuk apa saya berasa malu. Saya tidak tahulah kalau ada artis lain yang malu menjadi penjual karipap tetapi bagi saya berniaga adalah sesuatu yang biasa buat kami sekeluarga kerana saya orang kampung.

Kalau dalam kenyataan sebelum ini saya ada menyebut perkataan terpaksa itu bukan bermakna saya menjalankan perniagaan ini dengan keadaan terpaksa. Saya ikhlas membantu ibu saya.

Kadang-kadang orang salah tafsir dengan kehidupan artis yang sering disangkakan mewah dan banyak duit. Walhal mereka juga manusia biasa yang ada masanya dilanda kesulitan hidup


Sesungguhnya menjual karipap adalah usaha yang lebih murni daripada sikap sesetengah manusia zaman sekarang yang sanggup menjual tubuh badan untuk mencari wang. 

No comments:

Post a Comment