Seekor ikan emas dari spesies Fantail yang diberi nama 'Einstein' ini telah hilang keupayaan untuk berenang selepas menghadapi masalah pada bahagian pundi udaranya yang menyebabkan ia berenang secara terbalik dari atas ke bawah dan tenggelam ke dasar tangki.
Disebabkan masalah tersebut, pemilik ikan, Leighton Naylor terpaksa mencipta sejenis pelampung khas untuk dipakaikan pada ikannya itu.
Pelampung khas yang di buat dari tiub kitar semula itu muat dengan sempurna pada badan ikan tersebut dan membolehkannya berenang dengan normal semula.
En. Naylor telah menghabiskan masa selama 3 jam untuk mereka bentuk pelampung khas dari tiub pengudaraan tangki ikan itu, dan melaraskannya agar dapat dipakai oleh Einstein.
"Amat menyedihkan melihat ia dalam keadaan tidak berdaya. Ia kelihatan sangat tertekan. Pada mulanya, ia menolak untuk memakai pelampung tersebut. Ia juga sering tersangkut pada tumbuhan hiasan tetapi setelah saya menyusun atur semula keadaan di dalam tangki, ia kelihatan lebih baik," kata En. Naylor.
No comments:
Post a Comment