Perbualan berkenaan tahi ini mungkin dianggap perkara yang tak senonoh, busuk, dan menjijikkan. Tetapi dalam waktu yang sama, kita semua menjalani rutin membuang air besar hampir setiap hari. Malah ada yang buang air besar hampir 2-3kali sehari. Itulah hakikatnya, semua orang malu membicarakan soal tahi. Tapi tahukah anda, tahi itu mencerminkan sebagus mana diet yang anda semua praktikkan?
Berdasarkan �Bristol Stool Chart�, �Meyers Scale� atau dalam bahasa melayunya �Skala Tahi Bristol�. Tahi boleh dikelaskan kepada 7 jenis. Skala ini telah dinamakan �Skala Tahi Bristol� kerana skala ini telah diperkenalkan oleh Lewis S.J. dan Heaton K.W di University of Bristol, UK.
Berikut adalah kelas-kelas tahi yang dimaksudkan:
Jenis 1: Berbentuk biji-biji, agak keras seperti ketulan batu.
Jenis 2: Berbentuk seperti sosej, tetapi berketak-ketak.
Jenis 3: Juga berbentuk seperti sosej, tetapi macam merekah sedikit.
Jenis 4: Berbentuk seperti ular, agak licin, halus dan lembut. Just Nice.
Jenis 5: Bergumpal-gumpal, lembut dengan potongan hujungnya jelas.
Jenis 6: Yang ni dia macam cirit sikit, likat, gabungan cecair dan pepejal.
Jenis 7: Sangat cair, tiada pepejal.
Tahi jenis 1 dan 2
Sekiranya anda mempunyai tahi seperti ini, itu maksudnya anda sedang mengalami sembelit. Kalau dapat tahi sebegini, memang susah sedikit nak �meneran� sebab tahi itu dah menjedi keras. Selalunya situasi ni terjadi kalau seseorang tu malas untuk berak setiap hari. Semakin lama tahi berada dalam usus besar, semakin banyak air daripadanya yang akan diserap, maka semakin keraslah ia. Jadi, lepas ni jangan malas untuk buang air besar lagi ye.
Tahi jenis 3 dan 4
Seperti juga berat badan, tahi juga ada kategori yang ideal iaitu normal, dan kategori ideal untuk tahi ini jatuh pada jenis yang ke-3 dan ke-4. Selalunya tahi sebegini dihasilkan kalau seseorang itu rajin ke tandas setiap hari.
Tahi jenis 5,6 dan 7
Bagaimana pula dengan jenis 5 hingga 7? Kalau pernah mengalami yang ke-5, itu mungkin disebabkan angin atau gas yang terlalu banyak dalam usus, atau anda telah mengambil sesuatu yang boleh menyebabkan anda cirit birit seperti susu berlaktosa. Namun untuk kategori 6 hingga 7, anda kena berhati-hati sedikit kerana itu mungkin membawa maksud �diarrhea� iaitu masuk ke tandas dan cirit lebih daripada 3 kali sehari. Ingat, diarrhea yang berterusan boleh membawa maut!
Diet juga sangat mempengaruhi rupa tahi yang dihasilkan. Jangan sesekali mengabaikan sayur dan buah-buahan. Itu merupakan sumber serat nombor satu yang harus diambil secara berterusan selagi kita masih bernafas. Dan jangan malas untuk buang air besar!
No comments:
Post a Comment