MAJLIS peragaan Fesyen Musim Bunga Paris 2014 yang sepatutnya berjalan dengan lancar dan penuh gemilang dicemari dengan insiden pencerobohan oleh dua aktivis wanita separuh bogel.
Aktivis kumpulan Femen tersebut berlari naik ke pentas peragaan dengan tanpa memakai baju sambil melaungkan �fashion fascism� yang merujuk kepada seksualiti dalam industri peragaan melalui solekan.
Mereka juga turut menconteng ayat pada tubuh yang bertulis �Diktator Fesyen� dan �Model Tidak Pergi ke Rumah Pelacuran�.
Kejadian itu berlaku sewaktu para model sedang sibuk memperagakan koleksi Nina Ricci dan salah seorang model, Hollie-May Saker,18, hampir menjadi mangsa kekasaran aktivis tersebut.
Menurut Saker, dia mendengar jeritan di belakangnya sewaktu sedang melangkah ke pentas.
�Apa yang saya lihat ialah wanita separuh bogel dengan contengan pen di tubuh mereka. Salah seorangnya mengangkat tangan saya dan saya memusingkannya dengan sekuat hati,� ujarnya.
Menurut gadis itu lagi, dia berasa sangat marah, namun terpaksa bertindak profesional pada saat itu.
�Memikirkan semula perkara itu, saya harap saya dapat menolak kedua-duanya jatuh dari pentas kerana merosakkan majlis kegemaran saya,� tambah Saker.
Bagaimanapun, kedua-dua aktivis tersebut berjaya dibawa keluar oleh seorang pegawal keselamatan yang bertugas.
No comments:
Post a Comment