Saturday, October 19, 2013

Tasha Shila Nafi Buat Pembedahan Hidung & Payudara

Mentang-mentanglah bulan ini bulan Breast Cancer Awareness, gosip yang melanda Tasha Shilla pun nak dikaitkan dengan perkara tersebut. Pasti Tasha terkejut apabila ada dakwaan menyatakan dia membuat pembedahan hidung dan payudara di Bali. 



Tasha pun menerusi Kosmo hari ini menafikan dakwaan mengarut itu:-

Jika anda tanya di mana saya ketika itu saya tidak tahu kerana saya tidak tahu bagaimana dan bila isu ini boleh timbul dan dari mana cerita ini muncul sedangkan saya baru akan ke Bali bersama keluarga pada 27 Oktober ini.

Jika saya buat pembedahan, pasti orang yang terdekat dengan saya seperti keluarga, jurusolek dan rakan-rakan akan melihat perubahan pada muka saya. Saya pelik ada sesetengah pihak yang tidak pandai menilai wajah yang telah dilakukan pembedahan dan wajah yang di anugerahkan Tuhan.

No comments:

Post a Comment