PENTADBIRAN kerajaan teringgi Kristian Roman Katolik di Vatican City malu besar selepas pingat edisi terhad sempena sambutan ulangtahun setahun pemerintahan Paus Francis selepas nama Jesus dieja salah.
Pingat itu telah pun mula dijual dengan nama Jesus dieja sebagai �Lesus� sebelum semuanya ditarik balik sebaik kesalahan ejaan itu disedari. Kira-kira, 6,000 keping pingat emas, perak dan gangsa dengan kata-kata hikmah Paus ditatahkan di sekeliling pingat itu dikeluarkan oleh syarikat Italian State Mint.
Menurut sumber Vatican, hanya empat buah pingat itu terjual sebaik jualan dibuka minggu ini. Pakar bahan sejarah menjangkakan empat pingat berkenaan akan berharga lebih tinggi pada masa akan datang ekoran kesalahan ejaan itu yang disifatkan sebagai jarang berlaku.
Semua pingat diberikan nombor siri dan sijil kesahihan oleh kerajaan Vatican City.
No comments:
Post a Comment